INSTALL LEOPARD KE DALAM PC

Apa itu Mac OS X Leopard?
Mac OS X Leopard adalah sebuah sistem operasi terbaru keluaran syarikat Apple Inc.Leopard
mengandungi 300 pembaharuan daripada versi sebelumnya iaitu Mac OS X Tiger.Apa jua versi
sistem operasi yang dibangunkan oleh Apple, kesemuanya hanya boleh diinstall kedalam komputer
(hardware) yang ditetapkan oleh Apple sahaja.

Apa itu Mac OS X Leopard?Mac OS X Leopard adalah sebuah sistem operasi terbaru keluaran syarikat Apple Inc.Leopardmengandungi 300 pembaharuan daripada versi sebelumnya iaitu Mac OS X Tiger.Apa jua versisistem operasi yang dibangunkan oleh Apple, kesemuanya hanya boleh diinstall kedalam komputer(hardware) yang ditetapkan oleh Apple sahaja.

Mengenali spesifikasi komputer

Ada beberapa maklumat kritikal yang perlu pembaca tahu tentang komputer yang sedang digunakan

sebelum membuat keputusan untuk install leopard kedalamnya.Maklumat ini penting

sebagai rujukan ketika install dan selepas install iaitu apabila hardware tidak dapat dikenalpasti

oleh sistem perisian.Sila kenalpasti maklumat berikut;

1. Jenis Processor : Intel atau AMD (Tutorial ini hanya untuk processor intel)

2. Jika Intel ; Sila pastikan jenis SSE(Streaming SIMD Extension) komputer : SSE, SSE2,

SSE3

3. Jenis Grafik Kad : IntelGMA , nVidia , ATI , dan lain-lain.

4. Sound Kad : ALC 8xx , Sigmatel 9xxx dan lain-lain.

5. Network Kad : Realtek , Intel , Gigabit dan lain-lain.

6. Data Storage : SATA, PATA, ATA

dan lain-lain.

Saya cadangkan pembaca menggunakan

perisian CPU-Z untuk memeriksa spesifikasi

komputer masing-masing.Selepas

anda install dan run CPU-Z ini, pembaca

sepatutnya akan mendapati satu paparan

seperti disebelah.

Sila catatkan spesifikasi komputer anda

(berdasarkan 6 keperluan yang saya

nyatakan diatas) kedalam satu nota supaya

ia boleh dirujuk dimasa-masa akan datang.

Mendapatkan DVD Installer

Walaupun kita mempunyai 2 pilihan, namun

saya yakin bahawa pilihan untuk membeli DVD leopard kemudian membuat patch sendiri

bukanlah satu pilihan yang praktikal dan digemari.Kerana itu perlu ada pilihan kedua iaitu

mendownloadnya melalui torrent.Sila pergi ke mana-mana website torrent dan taipkan key-

Insta” Leopard Ke Dalam PC

3

word “Kaliway” dan klik pada torrent yang bernama Kalyway_leo_10.5.1.iso bersaiz

3.51GB.

Versi Kalyway hanya untuk processor Intel(bagi komputer AMD, sila cari versi AMD)

Burn kedalam sekeping DVD dalam bentuk DVD Image menggunakan Nero dan perisian

yang sewaktu dengannya menggunakan speed paling rendah untuk menjamin kualiti DVD Image

yang akan terhasil.

Sampai ditahap ini, anda sudah ada;

✓Pengetahuan tentang spesifikasi komputer

✓DVD Image Leopard yang telah dipatch

PROSES INSTALLASI

Fresh Install vs Dual-Boot

Ditangan anda ada 2 pilihan samada ingin dual-boot leopard dengan sistem operasi lain(windows

, ubuntu etc) atau untuk fresh install.Jika ingin dual-boot, saya nasihatkan supaya anda

menginstall leopard dalam harddisk yang berbeza dengan sistem operasi asal.

Oleh kerana saya tiada pengalaman dalam dual-boot, maka keseluruhan tutorial ini akan difokuskan

kepada fresh install.Walaubagaimanapun, cara installnya tetap sama dengan

dual-boot.Jika anda ingin dual-boot, masalahnya ialah ketika ingin menginstall boot loader.Itu

sahaja.

Langkah-Langkah

1.Masukan DVD ke dalam DVD Drive

PERHATIAN : Saat kritikal pertama adalah samada komputer boleh boot kedalam DVD

atau tidak.Jika tidak boleh boot, sila lakukan pilihan berikut;

‣ Beberapa ketika setelah DVD dimasukkan(semasa hendak memilih untuk boot kedalam

DVD atau partition OS), sila takan F8 dan taipkan “-v” tanpa quote.

‣ Jika masih tidak berjaya, anda perlu setting BIOS komputer anda dengan mengikuti panduan

2.Boot ke dalam instaler

3.Format partition

Sebaik sahaja anda masuk ke paparan installer seperti gambar diatas, sila halakan mouse anda

ke Utilities ➤ Disk Utility

PERHATIAN : Saat kritikal kedua.Bagi kes tertentu, Disk Utility tidak dapat mengesan

kewujudan apa-apa harddisk didalam komputer kecuali disk DVD installer.Setakat ini, saya

masih belum dapat mengenalpasti cara membaikinya.[To do list 1]

Jika komputer melepasi tahap kritikal ini(Disk Utility mengesan kewujudan harddisk);

Select partition ➤ Select Tab Erase ➤Volume Format=Mac OS Extended (Journaled)

➤Name=Taipkan nama partition(Leopard etc)

Kemudian klik butang Erase.Ini akan memadamkan semua data dalam partition pilihan

anda tadi.Selesai proses erase, tutup Disk Utility.

4.Customize dan install

Anda akan mendapati anda kembali kepada window installer yang asal.Klik Continue; Kemudian pilih harddisk(yang anda format melalui Disk Utility tadi) dan continue.

Klik pada customize;

Jika komputer anda ialah SSE2, sila pilih SSE2_System sahaja bagi Vanilla_Kernel.Kemudian

pilih Video Drivers(Grafik kad), Soundcards Drivers dan Network Drivers menepati spesifikasi

komputer anda.Bagi bootloader, ada 2 pilihan samada MBR atau GUID.Saya harap anda dapat

membaca keterangan seperti dalam gambar dalam langkah 5 diatas.Kemudian Done.

Klik Install untuk memulakan proses installasi.

PERHATIAN : Saat kritikal ketiga.Dalam beberapa kes, proses installasi mengalami error

apabila sampai ke tahap 50% dan ada kes ditahap 99%.Saya masih tidak tahu puncanya.[To do

list 2]

5.Restart dan boot ke dalam leopard

Sesudah selesai proses installasi, restart komputer dan keluarkan DVD.

PERHATIAN : Saat kritikal keempat.Dalam beberapa kes, berlaku kegagalan semasa boot

ke dalam leopard.Jika berjaya boot, bermakna anda sudah 90% berjaya install leopard.

Kali pertama boot ke dalam leopard

Setting Komputer, Ujikaji Sound dan Internet

Disaat anda berjaya boot kedalam leopard buat kali pertama, anda akan dihidangkan dengan

welcome screen yang memaparkan animasi perkataan-perkataan bagi bahasa-bahasa popular

seluruh dunia.Jika anda dapat mendengar apa-apa bunyi ketika welcome screen tersebut bermakna

sound anda tiada apa-apa masalah.

Selesai proses penamaan, alamat, password, akaun .mac dan sebagainya, anda akan masuk buat

pertama kali kedalam dekstop leopard.Klik pada safari dan lihat kalau ia boleh connect ke

internet atau tidak.(Pastikan komputer anda ada internet connection).Jika berjaya bermakna

anda sudah berjaya install leopard ke dalam PC anda 99%!

Artikel dalam blog melayubuntu yang berkaitan dengan tutorial ini;

‣http://melayubuntu.blogspot.com/2007/12/osx86-projecthackintosh-dan-mac-osx.html

‣http://melayubuntu.blogspot.com/2007/12/mac-osx-dalam-pc-video.html

‣http://melayubuntu.blogspot.com/2007/12/eksklusif-download-tutorial-cara.html

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: